Tuesday 28 October 2014

Set Sakit Sendi Shaklee | Vitamin Sendi untuk Dewasa




Sesuai untuk mereka yang sering sakit pinggang, sakit tulang atau sakit lutut. Biasanya pesakit sering mengadu sakit lutut, tak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh. Itulah yang dinamakan sakit sendi.  Biasanya orang yang sudah meningkat usia memang akan mengalami sakit sendi. Tak kisahlah sama ada sakit pinggang, sakit lutut, jari, kaki, tangan dan lain lain, asalkan dibahagian sendi, ini di panggil sakit sendi.

Sebelum itu, apakah dia sendi ini ? Jom kita kenal apa makna sendi dan apa itu sakit sendi.


Apakah itu Sendi ?
Sendi adalah tempat pertemuan tulang tulang kita yang membolehkan pergerakan berlaku. Contohnya seperti membengkokkan tangan, mengerakkan jari, berjalan, berlari, membongkok dan lain lain. Contoh sendi adalah seperti siku, lutut, pinggang, tulang tulang jari dan tulang belakang.


Sendi yang ada pada setiap manusia


Sakit Sendi
Sakit sendi juga dikenali sebagai arthritis atau radang pada sendi. Ia boleh dikelaskan dalam dua kategori besar yang biasa di alami iaitu Osteoarthritis dan juga Arthritis Rheumathoid. Ada juga jenis arthritis yang lain seperti GoutPsoriatic arthritislupus, dan septic arthritis.



Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah sakit sendi yang berlaku apabila tulang rawan yang menyelaputi sendi menjadi haus atau musnah. Tulang rawan ini bertindak seperti kusyen yang menyerap hentakan atau beban. Apabila tulang rawan semakin haus, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Oleh yang demikian, pesakit akan merasa sakitdi sendi apabila adanya pergerakan. Dan bukan itu sahaja, kadang kadang disertakan dengan bunyik “kruk krak” sekali. Itu tanda sendi bergesel antara satu sama lain. Antara sendi yang mempunyai masalah ini adalah sendi pingganglutut dan tulang belakang.

Perbezaan antara sendi yang normal dan sendi pesakit osteoarthtitis

Manakala golongan yang biasanya mendapat osteoarthritis adalah seperti golongan yang lebih berusia, mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti, yang berkerja berat  seperti di tapak pembinaan, ahli sukan atau penari.



Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid Arthritis adalah sejenis arthritis kronik yang berlaku pada kedua dua sendi bahagian badan. Contohnya pada kedua dua dua lutut dan kedua dua siku atau pergelangan tangan. Ia juga dikenali sebagai penyakit yang autoimmune.

Rhumatoid arthritis ini menyerang tidak kira umur. Tetapi kebanyakan yang cenderung untuk mendapat sakit sendi jenis ini adalah wanita pertengahan umur.

Antara tanda tanda sakit sendi jenis ini adalah:-
§  Sakit sendi atau bengkak pada sendi
§  Rasa kebas  pada waktu pagi atau selepas duduk yang lama
§  Sering kepenatan


Faktor yang menyebabkan masalah ini masih belum diketahui secara jelas, namun pakar mempercayai bahawa ia disebabkan oleh genetik, alam sekitar dan masalah hormon.

Rheumatoid Arthritis berlaku pada kedua dua sendi badan

Lagi satu masalah yang sering berlaku apabila berusia ialah osteoporosis atau tulang rapuh. Kepadatan tulang semakin berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam badan. Jika dibiarkan lama kelamaan tulang belakang boleh menjadi bengkok. Tulang juga menjadi mudah patah.


Penyelesaian:-


Dalam set sendi Shaklee ada tiga (3) vitamin utama yang disyorkan iaitu Advance Joint Healt Tablet (AJHT), Omega Guard dan Ostematrix.


Mengapa saya bagi vitamin ini?

Sebab ia ada ciri ciri yang boleh membantu menyelesaikan masalah sakit sendi. Contohnya adalah seperti berikut:-


Advance Joint Health Tablet (AJHT)


§  Ia mengandungi ekstrak Boswellia dengan asid boswelik yang bertindak sebagai anti-radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi.
§  Ekstrak jagung yang mengandungi glucosamine yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
§  Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam menghasikan kolagen untuk sendi.

Advance Joint Health Tablet adalah Anti-radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi, meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan,  menghasikan kolagen untuk sendi. 



Omega Guard


OmegaGuard pula membantu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi. Selain itu ia juga dapat mengurangkan masalah pelupa dan nyanyuk. Juga bagus sebagai vitamin untuk merangsang perkembangan otak dan minda  anak. Baik semasa hamil atau anak anak yang sedang membesar.

Omega Guard juga dapat memelihara fungsi sendi (arthritis) yang mana dapat membantu paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia dapat mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, memelihara sendi dan gout secara effective.

Omega Guard Shaklee memelihara fungsi sendi (arthritis), mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi, mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, memelihara sendi dan gout secara effective.



Ostematrix


Manakala Ostematrix pula adalah sumber kalsium yang sangat sangat diperlukan untuk menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Mengelakkan tulang rapuh dan bengkok. Biasanya golongan wanita yang mudah terkena tulang bengkok sebab kita banyak hilang kalsium kerana adanya kitaran haid dan proses proses lain.


Ostematix menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Mengelakkan tulang rapuh dan bengkok.





Gabungan 3 produk  terhebat dari SHAKLEE sememangnya boleh membantu anda untuk mengurangkan malah menghilangkan keradangan sendi. Jika anda sedang menanggung kesakitan akibat sendi, jangan tunggu sehingga anda terpaksa melaburkan lebih banyak wang  hanya untuk menjalani pembedahan.
Saya adalah pengedar sah SHAKLEE di kawasan RAWANG, Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.

OSTEMATRIX (120 BIJI) - RM61
JOINT HEALTH TABLET (60 BIJI) - RM124
OMEGA GUARD (90 BIJI) - RM136

Ms Siti  (ID 1078680)
Call/ SMS/ WhatsApp : 019 326 6798
Email: taman.syurga@yahoo.com



Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos. 


Saturday 25 October 2014




5 sikap positif ibu bapa dalam melayani anak yang kuat merengek






1. Berfikir positif

Ibu bapa seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat anak misalnya mempunyai temperamen slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara ibubapa dan anak.

2. Tidak mengalah kepada rengetan anak

Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila ibu bapa selalu memenuhi atau mengalah pada rengekannya. Namun bila ibu bapa bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

3. Tidak memberikan label

Pemberian label kepada anak akan menyebab anak menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi anak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label “kaki merengek”, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

4. Fokus kepada sikap anak

Untuk membangunkan sikap positif anak, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika anak berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Nina tidak merengek langsung. Ibu suka hati bila Nini berkelakuan begini. Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada anak.

5. Tidak membandingkan-bandingkan

Setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas ibu bapa adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.






Mengatasi anak yang suka merengek


Menghadapi anak kecil yang suka merengek, ibu bapa harus mempunyai kesabaran yang tinggi karena ia mudah sekali menangis. Tingkah laku ini berhubung rapat dengan temperamen anak. Umumnya temperament anak dibahagi kepada tiga:
  1. mudah
  2. sukar
  3. lambat (slow to warm up).


Untuk mengetahui temperamen anak kita, ibu  bapa perlu melihat ciri-ciri mudah, sukar, dan lambat ini semenjak anak masih bayi. Anak yang tergolong dalam kumpulan pertama sangat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang baru. Sebaliknya anak yang tergolong dalam kumpulan kedua sukar menyesuaikan diri dengan menunjukkan reaksi yang negatif bila diletakkan dalam situasi yang baru. Anak yang tergolong dalam kumpulan ketiga pula lambat serta memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri. Secara umumnya anak-anak yang selalu merengek adalah anak-anak yang mempunyai temperament sukar dan lambat.



Faktor penyebab dan cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek


1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani


2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

Sikap ibu bapa:
Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."


3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.


4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.

Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.


5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.






MENGATASI RASA MARAH



Sifat marah mampu dihalang melalui sikap bersabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan. MenurutImam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Mengikut kaedah psikologi, panas baran (pemarah) berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran (pemarah) itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.
Perlu difahami, panas baran (pemarah) bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu:-

1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.
3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.
6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.
8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.
9. MENGUCAPKAN TA’AWUZ
Iaitu membaca : “A’uzu billahi minassyaithanirrajim.”
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.
10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. : 
“Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang).” (Hadis Riwayat Abu Daud.)
“Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah. Walaupun tidak sepenuhnya. Namun jika kita mengaplikasikan tips-tips di atas, In shaa Allah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah. Segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya.

Mari layari: https://sihatjimatcantik.blogspot.com

Tuesday 14 October 2014



3 TIP MAGNET FACEBOOK




Rasanya majoriti kita dalam dunia ni berbisness secara ONLINE kan ..?? So, kat sini nak kongsi tip2 untuk magnet FB. Semoga bermanfaat.



Tip 1


Ayat sentap



mesti ada:

- tajuk/gambar sentap
- sedikit huraian (jangan panjang lebar, ayat bersahaja)
- pm saya

Ayat provokasi. Petik suiz.
TAJUK iklan kita mesti power. Mengikut kajian, audiens akan tengok tajuk dulu baru isi.


Contoh:


 Wanita gemuk berisiko kena cerai. Ini pernah baca dalam surat khabar

"AWAS! ISTERI GEMUK BAKAL DIMADUKAN!"

"LELAKI BOROI BERISIKO MATI PUCUK"

" ISTERI KUAT MEMBEBEL BERPOTENSI PENDEK UMUR" - Boleh digunakan untuk promote B complex (untuk elak stress)

Perut terlalu buncit?? Jom buat liposuction. Tapi macam takut. Jom cegah sebelum terlambat. Pm saya segera.

Gemuk? mok mok? Doreamon?

Terasa kot bila kawan2 gelak2 panggil nama gitu. muka senyum je, tapi dalam hati hadoiii...  Saya tahu penyelesaian nya. Sila Pm saya


Jika kita buat ayat, "isteri gemuk bakal dimadukan", tetiba dapat komen, "saya kurus pun dah kena madu".

Jawab: Maybe Cik Puan pm saya untuk set kebahagian rumah tangga? Kami ada cik puan alfalfa yang marvelous.


Tidak perlu ayat panjang lebar. Jika nak soft selling, tidak perlu letak gambar produk. Jika hard selling, gambar produk boleh digunakan.


Boleh juga gunakan elemen takut pada gambar.


Tip 2


Cerminkan kesibukan bisnes



Update segala aktiviti kita di dalam FB. Ada 5 bentuk yang mencerminkan kesibukan bisnes kita.


1) Kongsi kisah uruskan pelanggan



  • Bagitahu kita sibuk nak COD barang. Ambil gambar dan cerita apa yang di order. Dapat je order, terus bagitau kat FB. 
  • Pelbagaikan status di FB

Contoh:







2) Cerita strategi pemasaran



Strategi pemasaran ini sebenarnya secara tidak langsung memberi peluang kepada pesaing untuk meniru sebenarnya. Tapi, ilmu Allah Maha Luas. Yang penting customer nampak kita ni ada kesungguhan.


Contoh:




3) Aktiviti lawatan ke lokasi



 Tiap kali pergi beli barang di branch atau pinnacles, ambil gambar dan share di FB. Cerita juga suasana di branch (layanan, masa, kepantasan service di kaunter tu).


Contoh:




4) Ceritakan pengalaman anda di program yang dihadiri




Share dimana saja program/bengkel nutrisi/NC yang berkaitan dengan shaklee di FB yang kita hadiri. Ini menjadi bukti bahawasanya kita ni SID yang berilmu.

Contoh:





5) Pengurusan penghantaran produk


Bila hantar barang, bergambarlah di pos laju, screenshot order shaklee dan sms customer. Pastikan segala identiti customer disorokkan supaya hak privasinya terpelihara.

Snap gambar order barang shaklee online. Pastiksn tiada sebarang harga yang ditunjukkan. Ini menampakkan kita serius berniaga.


Contoh:




Tip 3


Testemoni diri sendiri dan customer yang berjaya dengan produk Shaklee




Kumpul Testimoni dengan kita sebagai duta bagi membuktikan keberkesanan produk shaklee. Biasanya testimoni yang paling orang tertarik nak baca. Share di FB, selagi kita tidak tag orang dan selagi kita niat untuk kongsi kebaikan shaklee dengan orang lain, In Shaa Allah, Allah akan melorongkan jalan.


Contoh:





Secara tidak sedar, sebenarnya tip-tip diatas kita buat semuanya cuma selalunya tidak dikongsikan kepada umum. Mungkin terlalu tertumpu kepada produk lalu terlupa nak berkongsi mengenai NC, COD, bengkel nutrisi dan sebagainya. Mungkin kita patut sertakan perasaan kita dalam status2 di FB.

Semoga tip2 diatas menjadi panduan berguna kepada yang baru belajar dan menjadi peringatan yang berkesan kepada yang sudah tahu tapi tak buat. Semua terletak di tangan kita, antara mahu atau tidak..




Mahu bersama kami di Qudwah Hasanah?





Hubungi saya

SID Shaklee Anda

Siti
SMS/Whatsapp: 019 326 6798
sitia941@gmail.com