Wednesday 18 February 2015


Set Sakit Sendi Shaklee | Vitamin Sendi untuk Dewasa

 

Sesuai untuk mereka yang sering sakit pinggang, sakit tulang atau sakit lutut. Biasanya pesakit sering mengadu sakit lutut, tak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh. Itulah yang dinamakan sakit sendi.  Biasanya orang yang sudah meningkat usia memang akan mengalami sakit sendi. Tak kisahlah sama ada sakit pinggang, sakit lutut, jari, kaki, tangan dan lain lain, asalkan dibahagian sendi, ini di panggil sakit sendi.

 

Sebelum itu apakah dia sendi ini ? Jom kita kenal apa makna sendi.

 

Apakah itu Sendi ?

Sendi adalah tempat pertemuan tulang tulang kita yang membolehkan pergerakan berlaku. Contohnya seperti membengkokkan tangan, mengerakkan jari, berjalan, berlari, membongkok dan lain lain. Contoh sendi adalah seperti siku, lutut, pinggang, tulang tulang jari dan tulang belakang.
 
 
Joint / Sendi
 
 

 


Sakit Sendi

Sakit sendi juga dikenali sebagai arthritis atau radang pada sendi. Ia boleh dikelaskan dalam dua kategori besar yang biasa di alami iaitu Osteoarthritis dan juga Arthritis Rheumathoid. Ada juga jenis arthritis yang lain seperti GoutPsoriatic arthritislupus, dan septic arthritis.
 
Osteoarthritis
Osteoarthritis
 

 
Osteoarthritis adalah sakit sendi yang berlaku apabila tulang rawan yang menyelaputi sendi menjadi haus atau musnah. Tulang rawan ini bertindak seperti kusyen yang menyerap hentakan atau beban. Apabila tulang rawan semakin haus, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Oleh yang demikian, pesakit akan merasa sakitdi sendi apabila adanya pergerakan. Dan bukan itu sahaja, kadang kadang disertakan dengan bunyik “kruk krak” sekali. Itu tanda sendi bergesel antara satu sama lain. Antara sendi yang mempunyai masalah ini adalah sendi pingganglutut dan tulang belakang.
 
Manakala golongan yang biasanya mendapat osteoarthritis adalah seperti golongan yang lebih berusia, mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti, yang berkerja berat  seperti di tapak pembinaan, ahli sukan atau penari.
 
 
Rheumatoid Arthritis


Rheumatoid Arthritis berlaku pada kedua dua sendi badan
 
Rheumatoid Arthritis adalah sejenis arthritis kronik yang berlaku pada kedua dua sendi bahagian badan. Contohnya pada kedua dua dua lutut dan kedua dua siku atau pergelangan tangan. Ia juga dikenali sebagai penyakit yang autoimmune.
 
Rhumatoid arthritis ini menyerang tidak kira umur. Tetapi kebanyakan yang cenderung untuk mendapat sakit sendi jenis ini adalah wanita pertengahan umur.
Antara tanda tanda sakit sendi jenis ini adalah:-
§  Sakit sendi atau bengkak pada sendi
§  Rasa kebas  pada waktu pagi atau selepas duduk yang lama
§  Sering kepenatan
 
Faktor yang menyebabkan masalah ini masih belum diketahui secara jelas, namun pakar mempercayai bahawa ia disebabkan oleh genetik, alam sekitar dan masalah hormon.
Lagi satu masalah yang sering berlaku apabila berusia ialah osteoporosis atau tulang rapuh. Kepadatan tulang semakin berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam badan. Jika dibiarkan lama kelamaan tulang belakang boleh menjadi bengkok. Tulang juga menjadi mudah patah.
 
 
 
Penyelesaian:-
Dalam set sendi Shaklee ada tiga vitamin utama yang disyorkan iaitu Advance Joint Healt Tablet (AJHT), Omega Guard dan Ostematrix
 
Mengapa saya bagi vitamin ini?
Sebab ia ada ciri ciri yang boleh membantu menyelesaikan masalah sakit sendi. Contohnya,
 


 
Advance Joint Health Tablet (AJHT)
§  Ia mengandungi ekstrak Boswellia dengan asid boswelik yang bertindak sebagai anti-radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi
§  Ekstrak jagung yang mengandungi glucosamine yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
§  Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam menghasikan kolagen untuk sendi
 
 
OmegaGuard 
 
OmegaGuard pula membantu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi. Selain itu ia juga dapat mengurangkan masalah pelupa dan nyanyuk. Juga bagus sebagai vitamin untuk merangsang perkembangan otak dan minda  anak. Baik semasa hamil atau anak anak yang sedang membesar. Ini ada dalam Set Hamil dan juga Set Anak Pintar
 
Omega Guard juga dapat memelihara fungsi sendi (arthritis) yang mana dapat membantu paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia dapat mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, memelihara sendi dan gout secara effective.
 

Ostematrix
 
Manakala Ostematrix pula adalah sumber kalsium yang sangat sangat diperlukan untuk menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Mengelakkan tulang rapuh dan bengkok. Biasanya golongan wanita yang mudah terkena tulang bengkok sebab kita banyak hilang kalsium kerana adanya kitaran haid dan proses proses lain.
 
 
 
 
 

 


Pengalaman saya bersama Shaklee

Pernah satu ketika ayah mertua mengadu sakit pinggang, sakit tulang atau sakit lutut. Dia pernah mengadu sakit lutut dan  tak boleh berdiri lama. Nak berjalan pun tak boleh jauh jauh. Tak larat katanya.
Alhamdulillah, selepas mengamalkan AJHT, omega guard dan Ostematrix beberapa hari. beliau sudah boleh bergerak seperti sedia kala. Kalau berdiri lama pun tiada masalah. Malah badan rasa lebih segar apabila bangun setiap pagi.
Kalau dulu rasa lenguh lenguh kaki, kebas, cepat letih sekarang dah kurang banyak. Saya bersyukur kerana di usia ayah mertua yang telah mencecah usia 74 tahun, beliau masih cergas seperti dulu. Penyakit kronik pun tiada. Syukur sangat. Memang AJHT, omega guard dan Ostematrix adalah suplemen yang wajib ada buat ayah mertua.
 
Bagi diri saya sendiri, saya ambil Ostematrix banyak sebab antaranya ialah untuk membantu penyusuan, melegakan sembelit, memberikan tenaga serta hilangkan rasa lenguh-lenguh dan kebas. Alhamdulillah, hilang juga rasa tak selesa tu. Maklumlah dah masuk 3 series ni memang perlu kepada “bantuan luar”. Makanan sekarang pun dah banyak yang hilang khasiat. Tambahan pula makanan kita pun tidak seimbang.
 
In Shaa Allah saya akan diteruskan pengambilan Set Sendi Shaklee ini sampai bila bila.
 
Gabungan 3 produk  terhebat dari SHAKLEE sememangnya boleh membantu anda untuk mengurangkan malah menghilangkan keradangan sendi. Jika anda sedang menanggung kesakitan akibat sendi, jangan tunggu sehingga anda terpaksa melaburkan lebih banyak wang  hanya untuk menjalani pembedahan.
Saya adalah pengedar sah SHAKLEE di kawasan RAWANG, Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.

OSTEMATRIX (120 BIJI) - RM61
JOINT HEALTH TABLET (60 BIJI) - RM124
OMEGA GUARD (90 BIJI) - RM136
 Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.