Monday 24 August 2015


APA ITU ALFALFA?

   

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.




FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

· Kaya dengan klorofil.


· Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.


· Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan
untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.

· Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu,

13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.

· Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144
kali lebih daripada hati.

· Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan
asid toksik dalam sistem badan kita.
 


FUNGSI-FUNGSI KEBAIKAN ALFALFA

Kajian terkini menunjukkan klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

· Pembersi toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
· Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
· Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat.
 


KAJIAN DAN RUJUKAN

“Pembersihan dan penulenan sistem badan secara semulajadi memang mengambil masa. Kita haruslah bersabar dan mengambil klorofil dengan konsisten. Ubat-ubat yang mujarab mungkin memberi kelegaan yang lebih cepat, tetapi jarang menyembuhkan. Di samping itu, ia juga membawa kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki dan ubat merbahaya mungkin terkumpul dalam tubuh. Klorofil dapat menyingkirkan toksin daripada racun perosak dan saki baki ubat serta bahan-bahan buangan lain”. – The Healing Power of Chlorophyll, Dr. Bernard Jensen (Pakar Pemakanan).

“kajian menunjukkan struktur kimia tumbuhan hampir serupa dengan sel darah merah manusia melainkan unsur di tengah-tengah sel darah merah manusia terdiri daripada besi sementara klorofil pula ialah magnesium. Dengan itu, pengambilan klorofil akan membantu mereka yang merngalami kehilangan darah semasa melahirkan anak, kecederaan atau pendermaan darah”. – Dr. Richard Willstatter & Dr. Fisher.

“Klorofil adalah berguna untuk jangkitan dalaman dan masalah-masalah kulit”. – New England Journal of Medicine.




Hubungi saya untuk mendapatkan alfalfa Shaklee.

Siti Aisha

019 326 6798

taman.syurga@yahoo.com

 

VITAMIN B UNTUK SEMUA

 
Seperti kita sedia maklum, Vitamin B Complex banyak khasiat dan kelebihannya untuk semua tak kira kanak-kanak hinggalah orang yang berusia 


Kelebihan Vitamin B Complex dari Shaklee
 
Banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee:
  1. Menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi badan.
  8. Penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.


 Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak
  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberi tambahan tenaga.

 Kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa
  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

 Kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung
  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia.
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mencegah kecacatan janin

 Siapa yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu hamil
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang mahu mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut
  • Mereka yang mahu mengawal paras kolesterol


Akibat Kekurangan Vitamin B
 
Kekurangan Vitamin B Complex boleh menyebabkan:-
 
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Lemah sistem saraf

Sebotol B Complex mempunyai 120 tablet dan boleh diambil oleh seisi keluarga. Hebatkan? :) Apa tunggu lagi, jom dapatkan Vitamin B Complex Shaklee yang unik dan hebat ini dari saya sekarang:
 
Shaklee Bukit Mertajam

Siti Aisha.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1078680]
019 326 6798
taman.syurga@yahoo.com
 

Wednesday 29 July 2015

5 Tips Mudah Belanja Raya Yang Dapat Mengelakkan Tragedi Hutang Berulang Lagi

 
Tips sempoi ni saya dapat daripada blog http://www.pakdi.net/
Memang sempoi habis la tips ni.
Korang semua mesti boleh apply punya. Cayalahhh...!!!
 
Jom baca kat bawah ni.
     
sampulduit

Belanja raya.

Ia adalah antara perbelanjaan yang banyak makan duit.

Justeru, perlu ada strategi khusus untuk mengelakkan tragedi berhutang di hari raya. Iaitu raya sehari, tetapi hutang raya habis setahun kemudian.

Berikut adalah kaedah yang tuan dapat buat:-

1. Senaraikan perbelanjaan yang perlu dibuat

Sebelum tulis, lihat baju-baju dalam almari dulu misalnya.
Jika ada yang masih cantik, elok dan baru pakai sekali dua, maka tidak lah perlu beli lagi.

Namun, untuk anak-anak, selalunya baju mereka dah tak berapa muat sebab cepat membesar.

Utamakan yang perlu sahaja.

2. Gunakan kaedah sampu
l
Selepas membuat anggaran perbelanjaan seperti #1, andaikan bajet baju untuk anak-anak adalah RM 500.

Maka, sehari dua sebelum berbelanja, pergi ATM dan keluarkan RM 500 itu siap-siap. Letak dalam sampul-sampul misalnya:
  • Along RM 150.
  • Angah RM 150.
  • Adik RM RM 150.
Dan seterusnya.

3. Tetapkan masa yang selesa

Pilihlah masa yang paling selesa untuk tuan sekeluarga.
Jika berbelanja pada bulan puasa, pilihlah pada waktu pagi (orang yang pertama masuk kedai) atau pada waktu malam.

Beritahu anak kecil sehari sebelum berbelanja, dan ketika sudah mahu keluar dari pintu rumah. Apakah tujuan keluar rumah, berapa lama yang diperlukan, supaya mereka dapat beri kerjasama ketika membeli-belah.

Emosi ibu bapa tak terganggu sebab anak-anak kecil pun tidak berapa nak meragam.

4. Pilih kedai yang menawarkan harga terbaik

Tetapkan lokasi lebih awal.

Bukan ikut hati.

Ada kedai yang menawarkan harga lebih rendah untuk ahli. Ada juga yang menawarkan voucher. Ada kedai yang menawarkan diskaun tak masuk akal.
Sudah macam-macam  cara kedai nak tarik pelanggan.

Kebiasannya, puan-puan lebih mahir bab mencari jualan murah.

5. Tinggalkan kad ATM & kad kredit

Bawa sampul duit sahaja.
Noktah.
.
Maka tragedi hutang raya, yang cuma dapat habis bayar setahun kemudian dapat dielakkan.

Sempoi kan...? Apa lagi, jom la apply tip-tip yang diberikan ni.


P/S:- Nak supplement yang semulajadi, berkesan, selamat dan halal?

Hubungi saya Siti  di talian 019 326 6798.

Terima kasih kerana sudi membaca. :)

Thursday 23 July 2015

 

GOUT DAN SHAKLEE

 

Supplement yang dicadangkan untuk pesakit gout adalah ALFALFA , OMEGA & PERFORMACE DRINK


1. Alfalfa - Untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan dan menurukan bacaan asid uric. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dihidrasi.

3. Omega guard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.




Anda nak tawaran hebat?? HARGA DISKAUN?? Jom cepat cepat hubungi saya..;-)

Siti Aisha | 019 326 6798
Shaklee Independent Distributor

Thursday 21 May 2015



Vitamin C



Vitamin C memang pilihan bijak!



Vitamin C adalah vitamin yang LARUT di dalam AIR. Badan kita tidak menyimpannya. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan, buah-buahan sitrus, brokoli dan jambu batu.

Vitamin C adalah sensitif kepada CAHAYA, UDARA, dan HABA, jadi kita ingin mendapat vitamin C yang paling tinggi jumlahnya kita perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah atau dicelur.

Antara makanan yang tinggi kandungan Vitamin C adalah oren, lada hijau, tembikai, betik, anggur, tembikai, strawberi, kiwi, mangga, brokoli, tomato, tauge, kubis, bunga kubis, dan jus atau jus sitrus yang diperkayakan dengan vitamin C.

Jambu Batu adalah antara makanan yang tinggi kandungan Vitamin C


Sayur-sayuran berdaun (lobak hijau, bayam), merah dan lada hijau, tomato tin dan segar, kentang, raspberry, blueberry, cranberry, dan nanas juga merupakan sumber yang kaya vitamin C.
Kenapa kita perlukan vitamin C?

  • Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita.
  • Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah.
  • Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.



Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.

Kepentingan Antioksida


Antara Kelebihan Vitamin C Shaklee.
 
 
Jika mahukan Vitamin C di pasaran, disarankan anda mengambil vitamin C Shaklee.
 
Vitamin C ni bukan sahaja penting untuk perempuan tetapi lelaki juga perlu vitamin C ni dalam diet seharian. Jika makan 1 biji vita-c 500mg sama seperti anda mengambil 7 biji buah oren. 7 biji buah oren di pasaran beratnya hampir sekilo. di pasaran harga untuk sekilo oren sekarang dianggar RM 7. Tetapi 1 biji vita-c 500mg ni hanya 40sen.

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian shaklee / pembelian produk / jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui:-
 

What's App :- +6019 326 6798

Facebook :- Siti Aisha



Wednesday 18 February 2015


Set Sakit Sendi Shaklee | Vitamin Sendi untuk Dewasa

 

Sesuai untuk mereka yang sering sakit pinggang, sakit tulang atau sakit lutut. Biasanya pesakit sering mengadu sakit lutut, tak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh. Itulah yang dinamakan sakit sendi.  Biasanya orang yang sudah meningkat usia memang akan mengalami sakit sendi. Tak kisahlah sama ada sakit pinggang, sakit lutut, jari, kaki, tangan dan lain lain, asalkan dibahagian sendi, ini di panggil sakit sendi.

 

Sebelum itu apakah dia sendi ini ? Jom kita kenal apa makna sendi.

 

Apakah itu Sendi ?

Sendi adalah tempat pertemuan tulang tulang kita yang membolehkan pergerakan berlaku. Contohnya seperti membengkokkan tangan, mengerakkan jari, berjalan, berlari, membongkok dan lain lain. Contoh sendi adalah seperti siku, lutut, pinggang, tulang tulang jari dan tulang belakang.
 
 
Joint / Sendi
 
 

 


Sakit Sendi

Sakit sendi juga dikenali sebagai arthritis atau radang pada sendi. Ia boleh dikelaskan dalam dua kategori besar yang biasa di alami iaitu Osteoarthritis dan juga Arthritis Rheumathoid. Ada juga jenis arthritis yang lain seperti GoutPsoriatic arthritislupus, dan septic arthritis.
 
Osteoarthritis
Osteoarthritis
 

 
Osteoarthritis adalah sakit sendi yang berlaku apabila tulang rawan yang menyelaputi sendi menjadi haus atau musnah. Tulang rawan ini bertindak seperti kusyen yang menyerap hentakan atau beban. Apabila tulang rawan semakin haus, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Oleh yang demikian, pesakit akan merasa sakitdi sendi apabila adanya pergerakan. Dan bukan itu sahaja, kadang kadang disertakan dengan bunyik “kruk krak” sekali. Itu tanda sendi bergesel antara satu sama lain. Antara sendi yang mempunyai masalah ini adalah sendi pingganglutut dan tulang belakang.
 
Manakala golongan yang biasanya mendapat osteoarthritis adalah seperti golongan yang lebih berusia, mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti, yang berkerja berat  seperti di tapak pembinaan, ahli sukan atau penari.
 
 
Rheumatoid Arthritis


Rheumatoid Arthritis berlaku pada kedua dua sendi badan
 
Rheumatoid Arthritis adalah sejenis arthritis kronik yang berlaku pada kedua dua sendi bahagian badan. Contohnya pada kedua dua dua lutut dan kedua dua siku atau pergelangan tangan. Ia juga dikenali sebagai penyakit yang autoimmune.
 
Rhumatoid arthritis ini menyerang tidak kira umur. Tetapi kebanyakan yang cenderung untuk mendapat sakit sendi jenis ini adalah wanita pertengahan umur.
Antara tanda tanda sakit sendi jenis ini adalah:-
§  Sakit sendi atau bengkak pada sendi
§  Rasa kebas  pada waktu pagi atau selepas duduk yang lama
§  Sering kepenatan
 
Faktor yang menyebabkan masalah ini masih belum diketahui secara jelas, namun pakar mempercayai bahawa ia disebabkan oleh genetik, alam sekitar dan masalah hormon.
Lagi satu masalah yang sering berlaku apabila berusia ialah osteoporosis atau tulang rapuh. Kepadatan tulang semakin berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam badan. Jika dibiarkan lama kelamaan tulang belakang boleh menjadi bengkok. Tulang juga menjadi mudah patah.
 
 
 
Penyelesaian:-
Dalam set sendi Shaklee ada tiga vitamin utama yang disyorkan iaitu Advance Joint Healt Tablet (AJHT), Omega Guard dan Ostematrix
 
Mengapa saya bagi vitamin ini?
Sebab ia ada ciri ciri yang boleh membantu menyelesaikan masalah sakit sendi. Contohnya,
 


 
Advance Joint Health Tablet (AJHT)
§  Ia mengandungi ekstrak Boswellia dengan asid boswelik yang bertindak sebagai anti-radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi
§  Ekstrak jagung yang mengandungi glucosamine yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
§  Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam menghasikan kolagen untuk sendi
 
 
OmegaGuard 
 
OmegaGuard pula membantu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi. Selain itu ia juga dapat mengurangkan masalah pelupa dan nyanyuk. Juga bagus sebagai vitamin untuk merangsang perkembangan otak dan minda  anak. Baik semasa hamil atau anak anak yang sedang membesar. Ini ada dalam Set Hamil dan juga Set Anak Pintar
 
Omega Guard juga dapat memelihara fungsi sendi (arthritis) yang mana dapat membantu paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia dapat mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, memelihara sendi dan gout secara effective.
 

Ostematrix
 
Manakala Ostematrix pula adalah sumber kalsium yang sangat sangat diperlukan untuk menjaga kepadatan dan kesihatan tulang. Mengelakkan tulang rapuh dan bengkok. Biasanya golongan wanita yang mudah terkena tulang bengkok sebab kita banyak hilang kalsium kerana adanya kitaran haid dan proses proses lain.
 
 
 
 
 

 


Pengalaman saya bersama Shaklee

Pernah satu ketika ayah mertua mengadu sakit pinggang, sakit tulang atau sakit lutut. Dia pernah mengadu sakit lutut dan  tak boleh berdiri lama. Nak berjalan pun tak boleh jauh jauh. Tak larat katanya.
Alhamdulillah, selepas mengamalkan AJHT, omega guard dan Ostematrix beberapa hari. beliau sudah boleh bergerak seperti sedia kala. Kalau berdiri lama pun tiada masalah. Malah badan rasa lebih segar apabila bangun setiap pagi.
Kalau dulu rasa lenguh lenguh kaki, kebas, cepat letih sekarang dah kurang banyak. Saya bersyukur kerana di usia ayah mertua yang telah mencecah usia 74 tahun, beliau masih cergas seperti dulu. Penyakit kronik pun tiada. Syukur sangat. Memang AJHT, omega guard dan Ostematrix adalah suplemen yang wajib ada buat ayah mertua.
 
Bagi diri saya sendiri, saya ambil Ostematrix banyak sebab antaranya ialah untuk membantu penyusuan, melegakan sembelit, memberikan tenaga serta hilangkan rasa lenguh-lenguh dan kebas. Alhamdulillah, hilang juga rasa tak selesa tu. Maklumlah dah masuk 3 series ni memang perlu kepada “bantuan luar”. Makanan sekarang pun dah banyak yang hilang khasiat. Tambahan pula makanan kita pun tidak seimbang.
 
In Shaa Allah saya akan diteruskan pengambilan Set Sendi Shaklee ini sampai bila bila.
 
Gabungan 3 produk  terhebat dari SHAKLEE sememangnya boleh membantu anda untuk mengurangkan malah menghilangkan keradangan sendi. Jika anda sedang menanggung kesakitan akibat sendi, jangan tunggu sehingga anda terpaksa melaburkan lebih banyak wang  hanya untuk menjalani pembedahan.
Saya adalah pengedar sah SHAKLEE di kawasan RAWANG, Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.

OSTEMATRIX (120 BIJI) - RM61
JOINT HEALTH TABLET (60 BIJI) - RM124
OMEGA GUARD (90 BIJI) - RM136
 Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.